Sunday, March 12, 2017

SMARTHIJRAH HOMESTAY BERTAM PERDANA KEPALA BATAS

Smarthijrah Homestay telah beroperasi pada 1 Mac 2017. Homestay ini diwujudkan untuk memberi perkhidmatan penginapan yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan. Kami menyediakan penginapan yang selesa dan lengkap dalam sebuah rumah teres satu tingkat kepada para penghuni. Lokasi homestay kami sangat strategik di Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang bagi memudahkan segala urusan yang diperlukan.

Penginapan ini juga sangat sesuai bagi mereka yang mencari tempat persinggahan sementara bagi tujuan kenduri perkahwinan, pendaftaran sekolah, pendaftaran universiti, pendaftaran kolej, menziarahi keluarga, bercuti, mesyuarat, kursus dan lain-lain.

Ruang Parking Kereta

Boleh masuk dua biji kereta di ruang parking yang disediakan, kereta anda lebih selamat daripada kecurian atau lain-lain. Sekiranya kereta melebihi dua biji, boleh parking juga di bahu jalan berhadapan dengan tempat penginapan.



Ruang Tamu

Telah dilengkapi dengan set sofa, meja kopi besar, meja kopi kecil, almari TV, TV, set NJOI dan set iron.  Di kawasan ruang tamu, kami letakkan juga set meja makan dengan dilengkapi enam kerusi. Turut tersedia meja besar dan cermin besar bagi memudahkan penghuni meletakkan barang serta pengurusan diri.  Semua peralatan di atas disediakan untuk memberi keselesaan dan keseronokan kepada tetamu yang datang menginap di homestay kami.







Bilik Utama

Terdapat set katil bersaiz queen, air-cond, kipas angin siling almari pakaian, meja solek, meja kecil dan bilik air. Dalam bilik air kami sediakan sabun mandi dan ubat gigi.




Bilik Kedua

Disediakan set katil bersaiz queen, ampaian, meja kecil, air-cond, kipas angin siling dan tiga tilam lipat tambahan.





Bilik Ketiga

Dilengkapi dengan set katil single, ampaian, meja kecil, air-cond, kipas angin siling.




Ruang Dapur

Ruangan ini dimuatkan dengan almari dapur masak, almari besar untuk mengisi barang dapur, peti sejuk, singki untuk membasuh, periuk nasi, pemanas air, pingan mangkuk, cawan, jug, sudu, garfu, pisau, mesin basuh pakaian automatik, sabun basuh pakaian dan lain-lain. Kawasan dapur juga mempunyai bilik air yang telah disediakan ubat gigi dan sabun mandi.











Jumlah Tilam 

Dua tilam bersaiz queen, satu bersaiz single dan tiga tilam tambahan. Manakala bantal kami sediakan sebanyak sepuluh biji. Sekiranya memerlukan tilam atau bantal lebih dari yang kami sediakan, akan dikenakan bayaran tambahan dan kami bersedia berunding dengan penghuni akan harga dan keperluan tambahan.

Bayaran

Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 180.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lapan Puluh Sahaja) semalam.

Bayaran pendahuluan mesti dibuat semasa melakukan tempahan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja). Sekiranya kami tidak menerima bayaran pendahuluan melebihi tiga hari dari tarikh tempahan akan dianggap tidak berminat. Penghuni mestilah membuat bayaran penuh sebelum menerima kunci homestay melalui :
  1. No Akaun Maybank Islamic : 151258626442 atas nama Nor Amin Sayani Bin Zainal.
  2. Diserahkan kepada penjaga homestay semasa mengambil kunci.

Waktu Masuk & Keluar

Masa check in : 2.00 petang
Masa check out : 12.00 tengahari

Tempahan

Untuk tempahan boleh melalui tel/sms/whatsapp/telegram

No Tel : 01110611125 (Ust Amin)
No Tel : 01110711125 (Puan Nasibah) 

Kemudahan Berhampiran

  1. Tol Bertam,  
  2. MRSM Kepala Batas,  
  3. ILP Kepala Batas,  
  4. Sek. Men. Sains Kepala Batas,  
  5. Kolej Komuniti Kepala Batas,  
  6. Kolej Jururawat, Kepala Batas,
  7. Kolej Matrikulasi Pungsu Seribu, Kepala Batas 
  8. MPC Kepala Batas,
  9. Penang Golf Resort Kepala Batas,  
  10. UITM Kepala Batas,  
  11. USM (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju),  
  12. Dewan Mellinium Kepala Batas,  
  13. Wisma Persekutuan Daerah Utara Pulau Pinang,  
  14. ACMS Kepala Batas, 
  15. Hospital Kepala Batas,  
  16. Kompleks Dato' Kailan, 
  17. Pasaraya  Sunshine,  
  18. Mydin Shoping Mall,
  19. Pasaraya Besar Tesco, Kepala Batas. 
  20. Klinik Kesihatan Kepala Batas,
  21. Bank Rakyat Kepala Batas,
  22. Public Bank Kepala Batas,
  23. Tabung Haji Kepala Batas,
  24. CIMB Kepala Batas,
  25. Maybank Kepala Batas,
  26. Restoran Nasi Kandar
  27. Restoran Ala Thai/Tomyam
  28. Restoran citarasa melayu
  29. Kedai runcit
  30. Farmasi 
  31. Stesen Minyak Petronas
  32. Taman Rekreasi Bertam (Bersebelahan Masjid Abdullah Fahim) 

Jarak Perjalanan

 


1 comment:

  1. KADAN PONDAR - Online Casino, Slot, Live - KADAN PONDAR
    KADAN PONDAR. All Games · 온카지노 1. Gather Together The Mystery of Harrahs Casino · 2. Play Casino Games 메리트 카지노 · 3. 인카지노 Join The KDF · 4. Join The

    ReplyDelete